Thursday, December 23, 2010

setahun


salam..
buat isteriku yg tersayang.. tanggal 25 december 2009 merupakan tarikh yg amat bermakna dlm kehidupan kita.. tanggal 25 december 2010 pula menandakan umur perkahwinan kita telah pun mencapai usia yg pertama.. coretan ku utkmu syg..

Duhai Kaum Hawa, Sungguh mulia tempatmu, Terlalu istimewa sifatmu, Tak dinilai kudaratmu, Meski masih bisa tertawa, Dikala saat-saat duka, Gahnya air mata itu, Disebalik keindahan alis matamu, Itulah kelemahanmu, Namu percayalah, Titis kaca itu adalah tulang kekuatanmu jua, Yang Bisa runtuhkan ego Adam, Yang bisa runtuhkan jiwa Adam. Senyumlah wahai hawa, ukirlah seikhlas wajahmu, sucikahlah ruang hatiku, kerja ku jua tahu, tulus budimu, semulus kasihmu, yang bisa menggoncang dunia yang bisa membuka mata semesta. Terima kasih tuhanku, aku lahir ke dunia sementara ini dalam dunia hawa..

selamat ulang tahun perkahwinan kita yang pertama..
agar mahligai yang kita bina ini kekal hingga hujung nyawa..
hanya engkau dihati ku.. tiada yang lain selain dirimu wahai hazirah abd rahman..



sekian coretan malam hari.. :P
aliimransarmin

Saturday, December 18, 2010

Senyum........


Lirik Lagu Senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum….

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


mari ramai2 senyum!

yahoooo...


aliimransarmin



Wednesday, December 15, 2010

10 Kesilapan Filem

Salam..

hi..lame da x update ini blog..ari tuh saje usha2 kt tenet..blogger2 luar..nk kongsi skit..pasal 10 kesilapan movie2 nie... mari...

10. Reservoir Dogs.

tengok babak kt atas ni.. kejap tangan depan.. kejap blakang..

9.Full Metal Jacket.

jalan ade logo british..padahal cite ni berlokasi di US.

8. The Lord Of The Ring: Return Of The King


7.Jurassic Park

-ala.. video da kene delete kt utube..

6. Gladiator



5.Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl


4.Teen Wolf



3. Commando


2.Star Wars


1.North by Northwest

orang da siap tutup telinga kt blakang sblm piston tembak.. :P

enjoyyyyyy

aliimransarmin

Wednesday, December 1, 2010

Ngangkung...

salam..
kawan2.. da tgk cite ngankung? mari sama2 pecah panggung cite nie.. dengar cite kutipan da 3.2 juta.. wah.. hebat2..sama ngan jalan cite nie.. cite ni mmg klakar.. jalan cerita menarik.. ada pengajaran nyer.. meh tgk trailer cite nie..



ni sinopsis cite ni :

‘Ngangkung’ adalah merupakan satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Kejadian pelik banyak berlaku kepada mereka satu persatu...

syok tau.. mari lah tgk.. terbaik... ada lagi 1 cite.. aku x tgk lagi.. dengar2 nk pecah panggung.. x tau la jadi ke x.. dpt respon dari kawan2.. ckp x yah tgk.. nnti menyesal.. cite ape ek?


cite tu la.. so.. sape2 nk tgk.. aku x halang.. kehkehkeh.. nnti da tgk.. bg tau la ek.. cite skit..
k la.. slamat berhibur..

aliimransarmin

Thursday, November 25, 2010

gaduh-gaduh

Salam,

meh nak kongsi short film.. tajuk dia gadoh.. aku tgk bende alah ni dari pada blog member aku.. nizam ...pinjam video dari blog ko yerk.. cite pasal pergaduhan di zaman skola.. layan dulu ek..


Gadoh from Pusat KOMAS on Vimeo.



anycomment?
hehehe..
chow..

aliimransarmin

Wednesday, November 24, 2010

Kenapa Lelaki Menangis?

Kenapa Seorang Lelaki Menangis......??

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.


Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.


Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.



Kenapa lelaki menangis?
  • Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
aliimransarmin

Antara Anjing & Manusia...

alkisah...

LEMBU :
Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING :
Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU :
Eh? kenapa?

ANJING :
aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!

LEMBU :
Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING :
Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU :
Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING :
Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”
“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

so..kepada sahabat2.. renung2kan.. dan selamat beramal..


ali imran sarmin

Friday, November 19, 2010

Tanpa



Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa...
Dirimu aku mati
Hooo...

(Ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hooo...

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Tuesday, November 16, 2010

Salam AidilAdha

Salam...
Selamat Hari Raya AidilAdha..
semperna AidilAdha nie.. nk kongsi skit info pasal ibadah korban..

IKMAH, KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN DAN SYARAT SAH KORBAN

HIKMAH BERQURBAN

  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

  • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

  • Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.



Wassalam..

ALI IMRAN SARMIN

Saturday, October 23, 2010

Kalau Berpacaran

Salam,

meh aku nk kongsi lagu nie..skang layan lagu ni jerk..
kepada rakan2 yg tgh couple2 tuh.. mari layan lagu nie...



Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x



Wednesday, October 20, 2010

Malas..

Salam..
skang ni aku agak malas utk update belog...

nnti ble da rajin.. aku update yerk..
harap maaf..


Thursday, October 7, 2010

kenangan ketika bercinta..

salam...

tetibe tergerak hati cari kt photobucket..
aku dulu pnah buat video utk bini aku..
time zaman2 bercinta..
klakar jugak bile tgk..
layan ek..
zuusss!!



amcam? best kn?

any comment? indahnya kehidupan ini...


Sunday, October 3, 2010

hujung minggu yg penat~

salam..

hujung minggu yg sgt penat beb..huhu.. penat ape.. sbb banyak open house..
perutku tak rehat lagi ni.. x per.. lepas syawal abis nie.. kite rehat k? insyaAllah..
meh cite skit aktiviti ujung minggu.. tp nk mulekn hari jumaat bole? huhu.. apesal lak x bole..
blog aku kan.. aku nyer suke la nk tulis ape.. hahahaha..

jumaat tu.. ade buat makan2 skit kt umah metua.. dari tgh hari.. sampai ke tgh mlm..
mkn2 ni dibuat utk rakan2 sekerja n kenalan2 keluarga metua.. tp aku pun nyelit kan kawan aku sorang dua.... tp empat kot.. eh.. bukan 8? huhuhu.. kawan2 baik tu.. siap dtg 2x lagi.. siang n malam.. thanks pd kengkawan yg dtg.. nnt aku de umh sendiri.. aku buat mkn2 lagi yerk..

sabtu plak.. kesian anak buah aku.. dimasukkan ke sepital.. asal nyer dia demam.. pastu tersedak susu.. teruk juga dia.. (mengikot cite abg aku la..) tp time aku pg ari ni.. alhamdulillah..
dah bole sepak bola.. joget2 lagi.. joget n bola mmg tidak dpt dipisahkan dari ank buah aku nie.
bole bersamba la suatu hari nnti.. mungkin kn?



lepas tuh.. aku pg open house umah mak ngah tok ucu belah isteriku.. umah nyer kt klang.. kt sane.. dah melantak makanan.. ade lg rumah lepas ni kn? huhuhu.. kemudian pg ke rumah member kolej dulu.. beliau di kenali sebagai syamil atau name glamer kt koleh @ umah sewa adalah gajah~.. hukhuk..



lps tu anta adik ipar aku ke uitm.. kesian beliau.. ade test dipagi ahad.. sungguh seronok bukan? huhuhu.. lepas tu plak.. aku pg ke kenduri kawin kawan ku punye kakak iaitu kamalia..di bangi golf resort.. teringat plak majlis persandingan aku dulu kt sini.. huhuhu.. mcm nk bersanding lg jer.. aik? huhu.. lepas tuh plak.. aku pergi ke umah open house member UO3c n parasite koi.. encik bobo.. banyak makanan2 yg menarik.. tp.. perutku amat penuh.. dipenuhi oleh kambing golek time majlis kawin tadi.. thanks bobo.. sbb aku dibahan selepas menjejakkan kaki ke majlis itu..hahaha.. ciiiis! bile la nk ilang bahan ini?? kenapa mesti dgn beliau itu? hahaha.. lepas tu. aku balik la umah.. sunggu penat.. berjalan seharian.. huhuhu.. tp.. aku sangat seronok..

ahad pulak.. pagi2 sudah ku bangun.. sbb auntie mah.. adik kepada ibu ku.. dan sepupuku.. elle n suami n anak beliau telah dtg ke rumah.. dorang tido umah aku ..



ari ni. aku bawak mereka jalan2 ke nilai 3.. huhu.. mereka dari johor bahru.. teringin nk ke nilai 3.. aku bwk la mereka.. mcm2 dibeli oleh auntie ku ini.. huhuhu.. seronok plak tgk... huhuhu.. lepas abis jalan2 di nilai 3.. mereka pun trus menuju ke rumah tok busu di melaka. kami pulang ke rumah.. kerna mak n abah nak g kenduri kawin.. aku plak nk g umah open house kawan ku.. dia penah jadi pengapit aku time kawin.. huhu.. name beliau adalah ode.. umah beliau di bangi lame.. kampung bahagia.. makan2 lgik.. kehkehkeh. lepas tuh.. aku trus ngedate ke sunway.. huh.. sungguh penat.. asik2 shoping2!! seb baik isteri tercinta blikan mouse baru.. sejuk skit ati ni.. huhuhu.. warna merah gitu.. hukhuk.. bole main dota lagik.. :)



mlm tu plak setiba je dirumah.. berborak ngan pak metua tuh.. pastu beliau tanye soalan.. "imran nk ayah teman tgk bola?" aik? aku bukan peminat arsenal.. ayahku merupakan peminat arsenal.. aku pn ckp. xde hal.. nk tgk bole jer.. pastu kami berdua pegi layan bola kt as-salam.. dekat sg.chua.. x nak tgk dekat impian maju.. sbb kalau arsenal kalah.. ramai kenalan kt situ.. huhuhu.. skali betul da.. kalah arsenal.. huhuhu.. 2-0.. cian2.. :) n inilah merupakan sejarah.. sbb aku kuar malam.. balik lewat tanpa sms berbau kemarahan.. hahahaha..



itu saje aktiviti ku.. biar penat.. tp seronok!



Wednesday, September 29, 2010

Senyummu Lagi

Senyummu Lagi

kau buatku senyum tertawa
dengan gurau senda manja
mungkin itu adalah kerna
kau memberiku kesana sama

ku lebih selesa kini
punya teman menemani
andainya kembali bersedih
sudilah memberi ku senyummu lagi

dimatamu kulihat keikhlasan
oh benarkah?
suaramu membawa ketenangan
oh benarkah?

walaupun kita berdua sama tapi tak serupa
yang penting kita saling memahami...

*lagu ini dipetik dari cerika MAGIKA

nyanyian mawi & diana danielle


Sunday, September 26, 2010

sunday is ikea day..

salam..
hari minggu ni.. agak bz skit..
g open house sane sni..
hari ni..(ahad)..
aku n family telah pg ke ikea..saje bawah mak n abah n mera.. mereka tidak pernah pergi ke sni..
sambil tu.. saje usha2 barang umah.. maklumla.. nnti kan nk masuk umah baru.. ewaaahh..
harge tgh murah..mari la ramai2 g ikea.. cuci mata n cuci wallet..
mmg ramai yg dtg ke ikea nie..
nk masuk parking beratur panjang.. nk mkn meatball pn beratur..
nk bayar pn beratur..
tp.. syok jalan2.. n sangat penat!
2 jer la.. saje bosan2 update belog nie..

layan gambar~

ni plak muke orang bosan beratur panjang time nk bayor..


sekian saje.. x banyak gambor.. tunggu den beli kamera k?

tata


Friday, September 24, 2010

Magika

Salam..

sy baru tgk cite Magika.. best cite nyer..
mari tgk trailer..



berpuas hati dengan cerita ini..
mari ramai2 pegi tgk wayang cite MAGIKA..

tQ..


Tuesday, September 14, 2010

Diari Syawal Saya


1 Syawal

-g solat sunat aidilfitri kt surau jubli perak, bdr baru bangi..
-lepas tu bersalaman bersama emak tercinta..abah x de.. dia dialisis pagi..
-pegi rumah ayah n mak metua..
-bersalaman & bermaafan dengan keluarga metua.
-pegi raya rumah jiran metua
-pegi rumah pak long di bangi lame.
-balik ke kampung batu laut.. ondaway solat jumaat di masjid kanchong darat.
-sampai di kampung batu laut.. ada paklang ngan pakngah saje..
-beraya dirumah Tok Ucu..
-balik kerumah jap.. solat maghrib
-pegi ke rumah atok di Kelana Jaya..
-balik..tido.. zz penat woo..

2 syawal

-bersiap utk pulang ke kampung bersama keluarga (kampung bukit changgang)
-bermaafan ngan abah.. sebab 1st day x pat jumpe.. abah dialisis..
-bawa emak n abah ke rumah metua..

-kemudian pergi kerumah metua adi(abang saya)
-balik ke kampung bersama seluruh keluarga (kecuali kakak tiada)
-pegi beraya ke rumah keluarga n adik beradik arwah atok n nenek..
-malam rehat.. amat letih hari nie.. cuaca amat panas..

sekian sahaja diari syawal saya!




Sunday, September 5, 2010

ketupat...

salam..
pejam celik..pejam celik..
dah nk raya da..
tahun ni merupakan tahun pertama aku akan sambut dengan isteri..
pagi raya.. aku akan berada di rumah ibubapa ku..
ala.. bukan jauh pn.. orang slalu tanye aku raya blah mane..

tahun ni.. raya kt Bndar Baru Bangi!

:D

so.. ape menu makanan anda dipagi raya?
makanan pilihan aku :

1)sambal goreng johor (ini paling fav!!)

2)ketupat..

3)rendang

x sabar nk sambut raya..
pada sahabat2 yg pulang ke kampung..
berhati2 ketika memandu..
jgn racing2.. :D

salam aidilfitri..
maaf zahir & batin..



Friday, September 3, 2010

Bila Cinta..

salam..
aku nk layan lagu nie..
jiwang pn jiwang..
tp mmg lagu ni best..



sekian..

Sunday, August 29, 2010

Gagasan 1Malaysia..



Salam 1Malaysia..

sempena nak merdeka nie.. aku nak cite skit la pasal gagasan 1malaysia..yg diilhamkan oleh Perdana Menteri kite, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak... apa makna 1 malaysia?

Gagasan 1Malaysia :

Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.

Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.


semoga info ni dpt kite kongsi utk semua rakyat malaysia...

salam 1malaysia..

sekian..

Thursday, August 26, 2010

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar



Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

*dipetik dari Dr.Samsu Adabi.



Berbuka di Puri Pujangga, UKM

salam.
hari ni aku berbuka pose kt puri pujangga, UKM. bersama opis mate wife aku.
makanan kt sini boleh tahan.. mcm2 ade.. cume x kene ngan lidah aku..
tp alhamdulillah.. mkn free.. sapu jer.. janji kenyang sampai ke malam..
ni aku keje mlm pn ngantok2.. huhuhu..
thanks to mereka yg bg voucher makan free nie..
moga diberkati rezeki nya.. nnti bile2.. bg la lagik..
sekian..
time kasih..

Monday, August 23, 2010

Lepak Di Ice Room


salam 1malaysia..

smlm.. aku ngan wife melepak2kan diri di iceroom bangi.. dia tu teringin sgt nk makan.. dulu nk pg.. tp kebetulan.. aku demam panas hari tuh.. so.. cancel.. x dpt pegi.. smlm x de aral yg melintang.. tros bwk dia.. dia pn berhutang dengan saya.. hahaha.. sbb kalah boling.. men kt HP..
ni antara gambar2 kt iceroom..



ice cream dia okeh.. cume suasana kt dlm kedai ni agak membisingkan.. x aman.. dengan ade nyer perempuan gedik & juga pekerja yg suke menyanyi.. kalau sedap suara x pe..
nasihat saya.. nk lepak kedai nie.. makan kt luar saje...

sekian...




Wednesday, August 18, 2010

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami

Salam,

sedang aku asik melayari internet.. aku nk kongsi dengan anda semua.. sempena bulan ramadhan yg mulia ini..mengenai adat ketika berhadapan dengan suami..


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


Renung2kan.. dan selamat beramal..


Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa..

Salam sahabat2..
bulan ramadhan telah tiba..
bulan2 pose nie..
mesti ramai orang da berfikir.. nk berbuka ape ek?

tahun ni merupakan tahun pertama aku berpuasa berstatuskan suami orang..
dan tahun ni jugak.. bertambahlah rumah2 saudara yg perlu dilawati time raye nnti..
wah.. da cite raye plak..

ape2 pun.. selamat menunaikan ibadah berpuasa.. dan jgn luper berterawikh!

layan lagu nie..




Tuesday, August 3, 2010

sayu...

tetibe badan aku rase x sihat..
adakah sebab nk M.C?
aku masih di Office.. nk kate keje teruk..
x la sgt..
badanku.. tlng la sihat..
aku ingin ke Perak ujung minggu ini..
ya Allah.. sihatkan tubuh badanku..
jauhi aku daripada penyakit2 yg tidak di ingini..



Tuesday, July 27, 2010

the making of the red...

huhu.. inilah penantianku selama ini..
2minggu lebih skit aku menunggu kemunculan semula..
my red wira.. :) dahulu.. saya pandu kereta proton persona..
sekarang, isteri tercinta telah memandu mypersona sepenuh masa..
so.. sy perlu sebijik lagi kenderaan utk dipandu (& utk memenuhi kehendak hobi).

sy telah melakukan beberapa modifikasi terhadap wira stendet gaban ini..
ape yg dimodifikasi nyer.. x perlulah tahu.. sbb takut ade kaki2 JPJ yg mbace blog nie.. (ade ke?)
saksikan lah.. bagaimana.. kereta ini berubah wajah.


inilah wajah teruna nyer.. (tp da ade skirtnyer..).



beberapa hari selepas dihantar... dah jadi cam demam c.pop!



seminggu selepas.. abis tercabut2 semua da..



yang ni lepas cat body.. n tgh cat rim plak


kesudahan nye?


siap ade model gitu...
kenapa saya cat keto nie kaler merah?
sebab :
1)sy suka merah
2)merah itu menggoda
3)merah itu ganas
4)merah itu seksi
5)merah itu Manchester United!!

hahaha.. sekian sahaja..