Thursday, November 25, 2010

gaduh-gaduh

Salam,

meh nak kongsi short film.. tajuk dia gadoh.. aku tgk bende alah ni dari pada blog member aku.. nizam ...pinjam video dari blog ko yerk.. cite pasal pergaduhan di zaman skola.. layan dulu ek..


Gadoh from Pusat KOMAS on Vimeo.



anycomment?
hehehe..
chow..

aliimransarmin

Wednesday, November 24, 2010

Kenapa Lelaki Menangis?

Kenapa Seorang Lelaki Menangis......??

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.


Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.


Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.



Kenapa lelaki menangis?
  • Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
aliimransarmin

Antara Anjing & Manusia...

alkisah...

LEMBU :
Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING :
Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU :
Eh? kenapa?

ANJING :
aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!

LEMBU :
Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING :
Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU :
Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING :
Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”
“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

so..kepada sahabat2.. renung2kan.. dan selamat beramal..


ali imran sarmin

Friday, November 19, 2010

Tanpa



Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa...
Dirimu aku mati
Hooo...

(Ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hooo...

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Tuesday, November 16, 2010

Salam AidilAdha

Salam...
Selamat Hari Raya AidilAdha..
semperna AidilAdha nie.. nk kongsi skit info pasal ibadah korban..

IKMAH, KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN DAN SYARAT SAH KORBAN

HIKMAH BERQURBAN

  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

  • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

  • Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.



Wassalam..

ALI IMRAN SARMIN