Thursday, May 19, 2011

Tips: Mengelak Disaman Pandu Laju..

Seorang polis menahan seorang pemandu kereta kerana memandu melebihi had laju.

Polis: Encik mintak lesen....


Pemandu: Saya tkde lesen ,..lesen saya dah digantung masa saya didakwa memandu mabuk untuk kali ke lima.


Polis: Mintak road tax kereta ni..


Pemandu: Ni bukan kereta saya...saya curi kereta ni.


Polis: Ni kereta curi???


Pemandu: Ya betul...tapi saya terpikir tadi saya macam nampak road tax kete ni kat laci dashboard masa saya simpan pistol saya dalam tu.


Polis: Ada pistol dalam laci dashboard!!!!!!!


Pemandu: Ya betul..saya letak disitu selepas saya tembak pemilik kereta ni dan mayat nya saya letak kat bonet belakang.


Polis: Ada MAYAT dalam bonet!!!!!!


Pemandu: Ya betul Tuan..


Setelah mendengar kesemuanya polis tersebut menghubungi ketua polis nya. Dan dengan segera kereta tersebut telah di kepung dan ketua polis menghampiri pemandu tersebut.



Ketua Polis: Encik ..boleh mintak lesen memandu?


Pemandu: Boleh..ini dia ..lesen memandu sah saya.


Ketua Polis: Ini siapa punya kereata.


Pemandu: Saya yang punya ini road tax kereta ini.


Ketua Polis: Boleh encik perlahan-lahan buka laci dashboard ini supaya saya boleh tengok jika ada pistol didalam.


Pemandu: Boleh Tuan..tetapi tiada pistol didalam...


Ketua Polis: Bolehkan tolong buka bonet kereta belakang ini? Tadi encik penah berkata bahwe ada mayat didalamnya.


Pemandu: Takde masalah...bonet dah dibuka...tapi mana ada mayat didalamnya.


Ketua Polis: Saya kurang faham ini...polis sebentar tadi yang menahan kamu berkata..kamu tidak ada lesen , kereta ini kamu curi, kamu memiliki pistol yang di simpan di laci dashboard dan ada mayat yang dibunuh oleh kamu di simpan di bonet kereta kamu.


Pemandu: Ha yeke...kalau macam tu mesti si penipu besar tu pun ada bagitau tuan yang saya ni memandu melebihi had jugak.. penipu!!


imran.sarmin

No comments:

Post a Comment