Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum,

Aku nk ucapkn selamat tahun baru 2012.. Bertambahla umur kite semua.. Tahun 2012 ni aku bakal bergelar seorg "abah" insyaAllah.. Semoga kurniaan اَللّهُ ini akan menjadikan aku seorg suami & abah yg berguna, insyaAllah.. Tahun ini juga umur aku akan menjadi 25 tahun.. Impian aku utk menjadi seorg abah pd usia 25thn hampir tercapai..

Tahun 2011 merupakan tahun yg mencabar diri.. Banyak dugaan n cabaran yg ditempuhi.. alhamdulillah.. Aku n isteri telah menjaya mengharungi tahun 2011 dgn jayanya.. Hehehehe.. Walaupun azam tiap2 thn ✗ pernahnye tcapai..

Akhir kata,(mcm karangan SPM) semoga tahun 2012 ini kite mempunyai azam n semangat yg tinggi utk menjadikan diri kite lebih baik n bermanfaat kepada agama, keluarga n negara. Apesal ayat2 aku hr ni mcm skema jerk.. Xpa la.. Thn baru.. Gaya belog pn br..

Sekian.. Selamat Tahun Baru 2012.. AllahuAkhbar!!

Imran.sarmin

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, December 29, 2011

Hari Ke-2 di PD

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Aku n wife hari ni mkn pg kt hotel.. menu utama nasi lemak.. Alhamdulillah.. Mknan nye bole diterima tokak den n isteri.. Sedap juga la.. Lepas tu pi mandi swiming pool.. Aku je mandi.. Wife aku dok tgk saje.. :( huhu.. Lepas tu aku bersauna.. Lepas ni nk g mane plak ek? Rase nyer mcm nk jln2 tmpt len.. Huhu.. Mane nk pg ek!?

Okeh la.. Best jugak update belog menggunakan hp nie.. Makin rajin aku update.. Huhu..

Tadaaa!!

imran.sarmin

Testing update via blackberry!

Hi semua, aku saje test nk update blog gune blackberry ni.. Da lame pakai.. Baru tergerak hati nk blaja update belog.. Huhu.. Jgn jelous ek hazirah! Huhu..

Kami skang tgh bercuti @Lexis, Port Dickson.. Sempena nk celebrate ulangtahun ke 2 pernikahan kami.. Tp lambat skit pg.. Sbb nyer hotel penuh time 25hb ari tu..

K la.. Xde bende sgt nk cite.. Nk bercuti ni.. TaDa!!


Imran.sarmin
Sent by TM from my BlackBerry® Smartphone

Friday, December 23, 2011

Pengguna di Malaysia Tertipu..

Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara pengeluar, iaitu Jepun.
TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. ”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.
”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh , Perak, baru-baru ini.
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.
”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. ”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

*aku copy email jer..

imransarmin

Wednesday, December 21, 2011

Sinar Hidupku...




assalamualaikum.. lame rasenyer aku tidak mengarang kt blog.. slalu asik la letak video2 youtube.. kali ni aku menaip la skit.. huhuhu.. sebab nk share sumthing yg terlalu berharga dalam hidup aku... skang ni.. ade org panggil aku DTB.. sebab ape? sbb.. my wife sudah pn mengandung.. korg semua mungkin ade yg da tau.. mungkin ade yang blom.. wife aku dah pn mengandung.. usia kandungan adalah 5 bulan.. tadi baru je g ultrasound.. last month pn dah pegi.. ni pegi utk 2nd time.. aku bawak wife aku pi check up di Pusat Kesihatan UKM je.. alhamdulillah.. sini x ramai org.. xperlu beratur panjang.. tunggu berejam.. sini x ramai org.. maybe staff UKM pn x ramai yg dtg cni.. susah dpt MC kot.. hikhik.. mai layan gambor ultrasound..


dah nampak kn? huhuhu.. ni plak gambo mak buyungnyee.. comel kn?


my wife dijangka melahirkan anak kami yg pertama pada 6 mei 2012.. harap tiada masalah akan berlaku sepanjang prosess pembesaran & kelahiran anak kami... okeh.. sampai disini saje aku nk merapu meraban.. sekian!

imransarmin

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu

Meh layan cite Ombak rindu nih... best.. layan jiwang aku mlm tu.. sampai mimpi si izzah.. :P



ni plak kite layan OST dia.. nyanyian Hafiz/Adira.. layan!!



Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Hafiz :

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Adira :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira
:
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


imransarmin